Masa depan Perjanjian_Pengawalan_Senjata_Nuklear

Dengan termasuknya kegunaan tenaga nuklear awam dalam NPT pada Julai 2005 menerusi Kerjasama Asia-Pasifik Pembangunan dan Persekitaran Bersih telah mencetuskan sensitif politik. Akibatnya India yang telah melancarkan ujian bom atomnya yang pertama pada 1998, enggan menandatangani perjanjian tersebut. Sebelum pengumuman Kerjasama ini pada 18 Julai 2005, Presiden AS iaitu George W. Bush telah bertemu dengan rakan sejawatannya di India Perdana Menteri Manmohan Singh dan mengisyhtiharkan bahawa beliau akan berusaha untuk meminda undang-undang AS serta peraturan antarabangsa untuk membenarkan perdagangan teknologi nuklear awam antara AS dengan India. Ironisnya, AS telah cuba menghalang Iran (sebuah anggota NPT) dari meneruskan teknologi nuklear awamnya. Sikap dua muka ini, bakal menghancurkan integriti NPT di arena antarabangsa.

Setiap lima tahun, suatu konferen kajian semula akan diadakan keatas perjanjian tersebut. Sewaktu Konferen Kajian Semula ke-7 pada Mei 2005, terdapat perbezaan ketara antara Amerika Syarikat, yang mahukan konferen menumpukan kepada peningkatan nuklear (terutamanya dakwaan terhadap Iran) dengan kebanyakan negara anggota lain, yang bimbang dengan kurang seriusnya negara kuasa nuklear dalam pelucutan senjata nuklear dalam negara masing-masing. Negara-negara anggota NAM telah menyatakan kedudukan mereka bahawa perkongsian nuklear di NATO telah melanggar perjanjian NPT.

Rujukan

WikiPedia: Perjanjian_Pengawalan_Senjata_Nuklear http://piquancy.blogspot.com/2005/04/chasm-between... http://www.channelnewsasia.com/stories/afp_asiapac... http://www.cnn.com/2005/POLITICS/07/18/us.india.ap... http://www.nytimes.com/2004/08/08/politics/08nuke.... http://www.nytimes.com/2005/09/19/international/as... http://web.archive.org/web/20050508053154/http://w... http://www.betterworldlinks.org/book74a.htm http://www.fas.org/nuke/control/npt/text/npt3.htm http://www.indonesiamission-ny.org/issuebaru/Event... http://www.motherearth.org/a2000/